Friday, May 22, 2015
very hard to get capable workers on GST
Kastam ‘dukacita’ cuma 26 pendaftar cukai GST hantar penyata
22 Mei 2015 12:22 AM
0 0 Google +0
Hamzah SUNDANG (kiri) mengadakan sidang akhbar mengenai perkembangan
HAMZAH SUNDANG (kiri) mengadakan sidang akhbar mengenai perkembangan pelaksanaan GST di Kuala Terengganu, kelmarin.
TERENGGANU 21 Mei – Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Terengganu ‘dukacita’ dengan sambutan dingin pendaftar cukai barang dan perkhidmatan (GST) di negeri ini yang masih gagal menyerahkan borang penyata GST 03 masing-masing sebelum tamat tempoh pada 31 Mei ini.
Pengarahnya, Datuk Hamzah Sundang menegaskan, sehubungan itu, pihaknya memberi amaran kepada 786 pendaftar terbabit agar segera berbuat demikian dalam tempoh 10 hari ini dan jika gagal mereka bakal berdepan tindakan tegas.
Beliau menjelaskan, mereka boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 41 Akta GST 2014 yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali.
Menurutnya, setakat ini, hanya 26 pendaftar yang menyerahkan borang penyata tersebut kepada pihak Kastam melibatkan nilai bayaran cukai berjumlah RM140,042.42 sen.
Daripada 26 pendaftar itu, kata beliau, sebanyak 19 pendaftar yang terdiri daripada syarikat atau individu adalah dari daerah ini manakala tujuh lagi di sekitar Kemaman.
“Sepatutnya, mengikut yang ditetapkan dengan penyerahan borang penyata GST 03 itu sehingga 31 Mei ini, unjuran hasil GST tempatan bagi bulan Mei ini adalah RM949,571.11 sen manakala unjuran bagi tahun 2015 adalah RM46.4 juta.
“Sebab itulah soal hantar penyata (borang 03) sangat penting, kalau tak hantar bermakna bayaran tak ada. Kita amat beri penekanan soal menghantar borang penyata ini dan sebab itu juga kesalahannya sangat berat,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar bersama Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Terengganu (PPDNKK) mengenai GST di Wisma Darul Iman di sini semalam.
Yang turut hadir ialah Penolong Pengarah Kanan yang juga Ketua Unit Anti Pencatutan PPDNKK Terengganu, Saidi Ismail.
Menurut Hamzah, sehingga 15 Mei lalu, sebanyak 6,367 syarikat dan individu di Terengganu telah selesai mendaftar GST dengan jabatan kastam.
Beliau turut menarik perhatian, pihaknya menerima sedikit aduan berkaitan GST di Terengganu apabila setakat 30 April lalu, hanya 71 aduan diterima kerana pelbagai kesalahan termasuk invois tidak ditulis tangan, maklumat tidak lengkap, tiada nombor pendaftaran GST dan sebagainya.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/wilayah/kastam-8216-dukacita-8217-cuma-26-pendaftar-cukai-gst-hantar-penyata-1.94289#sthash.gRKdAhw7.dpuf
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment